loading...
Assalamualikum dan salam sejahtera kepada semua harap semuanya berada di bawah lindungan Allah S.W.T. Baiklah siapa tahu saya nak share resepi apa? Haa, saya nak share resepi dari Perak.
loading...
BAHAN-BAHAN:
- 100gm tepung gandum
- 100gm pulut | rendam selama 1 jam, tos airnya
- 1-2 titis pewarna hijau
- 1-2 titis pewarna merah
- 100gm gula pasir atau secukup rasa
- 250gm santan
- 600gm air
- 1 helai daun pandan | simpul
- 1 sudu sudu teh garam
loading...
CARA MEMASAK:
- Jerang air di dalam periuk hingga menggelegak.
- Sementara itu, untuk membuat anak lebah; gaulkan tepung gandum bersama garam dan sedikit air. Gaul hingga menjadi seperti doh.
- Cubit sedikit doh tadi dan gentel-gentel masukkan ke dalam air yang telah menggelegak. Buatlah sehingga habis.
- Tunggu sehingga tepung itu timbul dan terapung di permukaan air. Setelah itu masukkan gula, 1/2 sudu teh garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api. Ketepikan.
- Gaulkan garam pada pulut kemudian bahagikan kepada dua bahagian.Titiskan pewarna merah dan hijau. Gaulkan rata dan kukus sehinga pulut masak. Apabila sejuk bolehlah dibentuk dan dicurahkkan sekali bersama kuah santan yang telah dimasak tadi.
- Sedia untuk dihidangkan.
Kredit: Resepi Bapak Masak Apa
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Resepi Bebola Mozzarella
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.