Cara Paling Mudah Buat Puding Roti Coklat Marble
![]() |
| Cara Paling Mudah Buat Puding Roti Coklat Marble |
loading...
PUDING ROTI MARBLE COKLAT
source : kak hana ~ hanamemories
Bahan-bahan
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 170ml susu cair
- 10gram serbuk agar2 @ sepeket
- 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
- 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
- 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
- 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco
Loading...
Cara-cara
1.Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn).
3. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
4. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
5. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
6. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis..ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
7. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.
