Resepi Rendang Ayam / Daging Ala Sarawak

Resepi Rendang Ayam / Daging Ala Sarawak

Resepi Rendang Ayam / Daging Ala Sarawak

Resepi Rendang Ayam / Daging Ala Sarawak
Resepi Rendang Ayam / Daging Ala Sarawak

Bagi sesiapa yang telah menikmati rendang Sarawak, rasanya memang berbeza dengan di Semenanjung Malaysia. Di sini admin kongsikan resepinya...

loading...

Bahan A

  1. 1 ekor ayam / 1 kilo daging
  2. Santan (1 biji kelapa)
  3. 4 helai daun kunyit (dihiris halus)
  4. Kerisik (1/2 biji kelapa)


Bahan B

  1. 1 inci halia (dikisar)
  2. 4 biji bawang merah (dikisar)
  3. 10 biji bawang putih (dikisar)
  4. ½ camca tepung kunyit
  5. 1 sudu makan serbuk jintan putih
  6. 1 sudu makan serbuk jintan manis
  7. 2 batang serai (ditumbuk)
  8. Beberapa biji cili padi (ikut selera sendiri)


Loading...

Cara membuatnya
Cuci ayam/daging sampai bersih. Tos kan. Gaulkan semua bahan B dengan ayam / daging.
Masak ayam/daging sehingga keluar air ayam/daging itu sendiri. Masuk kan santan sedikit demi sedikit. Selepas itu masuk kan kerisik dan daun kunyit. Pastikan ayam/daging masak sampai empuk dan masuk kan garam dan ajinomoto(orang sarawak memang guna perasa) mengikut citarasa sendiri.
Akhir sekali biar kan air santan kering dan padam kan api apabila ayam/daging sudah benar2 masak.






Resepi Menarik Lain
Selain Resepi Rendang Ayam / Daging Ala Sarawak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.




________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: