Cara Buat Bakso Indonesia, Resepi Original Dari Indonesia

Cara Buat Bakso Indonesia, Resepi Original Dari Indonesia

Resepi bakso Indonesia perkongsian oleh Ekynn Aziz di laman Facebook. Menurutnya, ini merupakan resepi original dari orang Indonesia. Tengok gambar pun dah terliur kan? Kalau masak untuk berbuka puasa ni memang padu. Jom cuba!

Cara Buat Bakso Indonesia, Resepi Original Dari Indonesia
Cara Buat Bakso Indonesia, Resepi Original Dari Indonesia




Cara Buat Bakso Indonesia, Resepi Original Dari Indonesia

Bahan-bahan:

  • Tulang daging RM10
  • Bebola daging (bebola segera jenama mohd armiya/ramly)
  • 2 biji bawang merah dihiris
  • 2 batang serai dititik (taknak letak pn takpe)
  • 1 helai daun pandan(taknak letak pn takpe)
  • 1 1/2 kiub pati daging
  • Perasa ajinomoto (boleh ganti maggi cukup rasa)
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji bawang*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 3@4 biji buah keras*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 sb serbuk lada sulah*

#Serai dan pandan tu bahan additional sahaja. Kalau taknak letak pun takpe.


loading...





Cara-caranya:

  1. Kisar/tumbuk bahan yang bertanda (*).
  2. Rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama lagi sedap.
  3. Dalam kuali lain boleh tumis bawang hiris. Kemudian masuk kan bahan kisar/tumbuk tadi, pandan dan serai titik.
  4. Dah naik bau boleh tuang bahan tumis dalam periuk rebusan tulang tadi. Dan masukkan bebola daging.
  5. Rebus sampai bebola daging timbul. Timbul tu maknanya kuah dah masak ye.
  6. Cara Buat Bakso Indonesia, Resepi Original Dari Indonesia
    Add caption
  7. Dah siap! Boleh makan dengan bihun, mee atau kuey teow serta cili kicap.

Bahan-bahan cili kicap:

  • Segenggam cili padi hijau
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sb cuka
  • 1 sb kuah bakso
  • 4 sb kicap manis
  • Secukup rasa
  • Garam

Cara-cara:

  1. Rebuskan cili padi hijau dan bawang putih. Dah lembut boleh kisar/tumbuk.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan lain sesedap rasa. Dah siap.




Selamat mencuba!


via Daily Makan
________________________________________________________

Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: