Resepi Agar-agar Mangga Susu (Dessert Mudah)

Resepi Agar-agar Mangga Susu (Dessert Mudah)

Resepi berikut merupakan sebuah resepi pencuci mulut yang amat mudah disediakan.

Resepi Agar-agar Mangga Susu (Dessert Mudah)
Resepi Agar-agar Mangga Susu (Dessert Mudah)

Agar-agar mangga susu, dimasak menggunakan bahan-bahan yang amat ringkas dan mudah didapati. Amat sesuai anda pengemar pencuci mulut yang sejuk, lemak dan tidak terlalu manis. 




Agar-agar adalah sejenis pencuci mulut yang amat mudah disediakan, berikut adalah bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk menyediakan agar-agar ini.

loading...

Resepi Agar-agar Mangga Susu

Bahan-bahan

  • 3 biji mangga (ambil isinya dan tinggalkan sikit untuk dijadikan inti)
  • ½ cawan gula
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan susu manis
  • 1 sudu teh pewarna kuning
  • 1 liter air
  • 1 peket serbuk agar-agar
  • Secubit garam








Kaedah

  • Masukkan air dan serbuk agar-agar didalam satu periuk yang sesuai.
  • Kisar semua bahan kecuali air dan serbuk agar-agar.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar didalam periuk dan masak.
  • Masak sehingga ia mengelegak.
  • Biarkan sebentar baru tutup api.
  • Tuang didalam acuan yang sesuai.
  • Masukkan baki mangga yang telah dipotong tadi.
  • Sejukkan sebentar sebelum masukkan kedalam peti aias.
  • Siap!

Sebaiknya gunakan mangga yang sudah cukup masak. Pilihlah yang manis kerana ia lebih sedap, namun jika anda gunakan mangga yang sedikit masam. Pastikan anda tambahkan sukatan gula dan susu manis. Diharap anda akan mencuba resepi ini,selamat mencuba!


________________________________________________________

Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: