Resepi Biskut Kacang Favorit Yang Sedap dan Rangup

Resepi Biskut Kacang Favorit Yang Sedap dan Rangup

Biskut kacang menjadi biskut kegemaran disebabkan rasanya yang ala-ala rangup dan sedap. Sangat sesuai dijadikan snek mudah

Resepi Biskut Kacang Favorit Yang Sedap dan Rangup
Resepi Biskut Kacang Favorit Yang Sedap dan Rangup

Di bawah ini kami mengongsikan resepi biskut kacang yang mendapat perkongsian ramai, telah dikongsikan di Facebook oleh Norhamidah Hassan. Resepinya sangat mudah dan senang. Sila cuba resepi ini.



Resepi Biskut Kacang

biskut kacang

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 cawan buttercup/marjerin.
  • 1 cawan gula aising (kalau tidak suka manis boleh kurangkan sedikit).
  • 2 biji kuning telur.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 1 1/2 cawan tepung kastard.
  • 1 cawan kacang tanah (sangai buang kulit dan blend halus).
  • 1 cawan tepung jagung.
  • Tepung gandum cap ros.

loading...





Cara-cara :

1. Masukkan buttercup/marjerin dan gula aising, kacau sebati.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila, kacau sebati.

3. Masukkan tepung kastard, tepung jagung dan kacang tanah yang diblend, sampai sebati.

4. Kemudian  masukkan tepung gandum, uli smpai doh tidak melekat di jari.

5. Akhir sekali terap dan letak kuning telur di atas biskut, bakar pada suhu 160’C 15-20 minit.





biskut kacang

________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: