Resipi Dumpling Mudah Guna Rice Paper. Boleh Rebus, Kukus Atau Goreng

Resipi Dumpling Mudah Guna Rice Paper. Boleh Rebus, Kukus Atau Goreng

Dumpling antara masakan Cina yang sudah terbiasa dengan selera kita. Jika selalu menikmatinya di restoren apa kata cuba pula buat sendiri.

Resipi Dumpling Mudah Guna Rice Paper. Boleh Rebus, Kukus Atau Goreng


Lagi pun ada resipi mudah dikongsi untuk menghasilkan dumpling iaitu dengan menggunakan rice paper saja. Kalau ada lebihan rice paper di rumah boleh terus buat.




Selain itu kelebihan buat sendiri dumpling ini, intinya boleh dipelbagaikan ikut citarasa selain boleh direbus, dikukus, atau digoreng. Bagi yang sedang diet, boleh gunakan sayur-sayur seperti yang dikongsi oleh Shaa Zainol.

Resipi dumpling guna rice paper

Bahan-bahan:

Ayam/Daging kisar
Bawang Holland/Besar
Bawang Putih
Daun Sup & Bawang
Lobak merah
Kubis
Serbuk perasa
Garam secukup rasa
Sos tiram
Lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
Rice paper


Cara membuat:



Cara membuat:

1. Hiris halus bawang dan sayur-sayuran. Satukan kesemua bahan dan gaul sebati. Tak perlu masak.


2. Basahkan rice paper supaya tak pecah dan senang dibalut, isikan inti kemudian gulung atau balut dengan kemas.


3. Boleh terus dikukus, rebus atau digoreng.



Tip

  • Supaya rice paper dumpling ini tak melekat, basahkan sedikit bahagian bawah.
  • Boleh hidangkan dengan chili oil, ataupun cicah dengan sos Thai.


Selamat Mencuba!

Sumber: Shaa Zainol


Resepi Oleh Rasa

NAK RESIPI LAIN? Klik sini: Resipi Kuih Gunting Snek Pilihan Sambil Menonton TV


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: