Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
Siput Sedut Masak Lemak Cili Api 



loading...

BAHAN-BAHANNYA :-)

  1. 1 kg siput sedut
  2. 2 - 3 pelepah batang keladi sayur
  3. 2 batang serai, diketuk
  4. 1 helai daun kunyit, disiat
  5. 1 keping asam gelugor
  6. 1000 ml santan cair
  7. 400 ml pati santan
  8. Garam dan gula secukup rasa


BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

  1. 7 biji bawang merah kecil
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 1 1/2 inci kunyit hidup
  4. 2 biji cili merah
  5. 20 biji cili padi kampung
  6. Secubit belacan (optional)


Loading...

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Siput dicuci hingga betul2 bersih, bilas 4 - 5 kali hingga jernih airnya. Toskan, kemudian kerat bahagian bucu siput, kerat pada ruas ke 3 dari atas, buat satu persatu hingga siap. Taruk siput yang siap dipotong tadi dalam besen dan tuang air hingga siput tenggelam. Ambik dengan tangan, toskan dan masukkan ke dalam tapis. Tujuan buat macam ini, untuk mengelakkan serpihan kulit siput terikut masuk dalam masakan kita.
  2. Sementara itu buang kulit luar batang keladi, kerat pendek, cuci, toskan dan celur dalam air mendidih yang dimasukkan sekeping asam gelugor. Celur hingga 1/2 lembut dan toskan.
  3. Masukkan siput ke dalam periuk bersama2 serai yang dititik, asam gelugor dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Masukkan santan cair, kacau dan biarkan hingga menggelegak.
  4. Tambah batang keladi dan tuang pati santan. Kacau rata dan masukkan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan biarkan mendidih dengan api kecil dan kacau sentiasa. Masak hingga batang keladi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan, ikan goreng dan ulam-ulaman. Selamat mencuba!









Resepi Menarik Lain

Selain Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api  , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.



________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: