Tidak lama lagi hari raya akan menjelma tiba, pastinya kita tidak sabar untuk menikmati pelbagai juadah kuih muih dan makanan.
Air Rebusan Serai Dan Kurma Sangat Baik Untuk Melancarkan Urat-Urat Tersumbat |
Artikel malam ini saya kongsikan petua tradisional yang boleh merawat urat-urat yang tersumbat dalam badan kita.
Bahan-bahan:
1. 7 biji kurma
2. 5 batang serai
Caranya penyediaannya ialah:
loading...
Rebuskan 5 batang serai dengan 7 biji kurma.
Didihkan dengan api perlahan bersama 3 gelas air sehingga air menyusut tinggal 1/3 atau segelas. Kemudian minum.
Manfaat air rebusan serai dan kurma
Kaya dengan zat besi – amat baik bagi wanita yang mengandung,kanak-kanak dan penghidap anemia. Amalkan pengambilan sekurang-kurangnya 100g kurma setiap hari iaitu kira2 0.09 mg zat besi.
Kurma mengelak cirit/birit ( diarrhea) – kandungan potasium pda kurma mampu menghalang cirit-birit, melegakan perut dan dan melancarkan pencernaan usus.
Kurma melegakan sembelit – sebaiknya rendam biji kurma dalam air semalaman kemudian air rendaman tersebut diminum keesokan paginya untuk melancarkan pencernaan.
Mengawal berat badan – dimakan ketika perut kosong, kurma tiada kolestrol. Amalkan setiap hari.
Mengimbangkan kolesterol – kurma dapat membersih salur darah yang tersumbat dan menghalang pembentukan darah beku.
Mengawal selia tekanan darah – amalan memakan kurma dapat menurunkan tekanan darah tinggi atau hipertensi, ia kaya dengan potasium dan tidak mengandungi sodium.
Mampu menghalang strok – Potasium dalam kurma adalah mineral yang amat penting dalam memulihkan sistem saraf serta boleh menghalang serangan strok. Sebaiknya ambil lebih kurang 400 mg potasium sehari.