Bestnya Tanam Sawi ‘Giant’. 21 Hari Dah Boleh Tuai, Tak Pahit, Makan Tak Habis!

Bestnya Tanam Sawi ‘Giant’. 21 Hari Dah Boleh Tuai, Tak Pahit, Makan Tak Habis!

loading...

Selalu tengok sawi kurus, yang ini besar. 3 pokok saja boleh cecah 3 kilogram. Nak tanam sawi giant ini pun mudah saja.



Lagi bagus buat 3 pusingan macam yang diajar oleh Azuan Abdullah ini. Setiap 3 minggu semai 10-15 pokok saja.

loading...






BACA JUGA:Cara Semai Kunyit Agar Tumbuh Segar



Insya-Allah takkan beli sawi lagi, sentiasa ada bekalan sawi di rumah siap boleh kongsi dengan ahli keluarga lagi. Makan tak habis.

Tip tanam sawi giant, makan tak habis



Saya pun dah tak ingat, bila last saya beli sawi di pasar.

Tip tak nak beli sawi sangat mudah. Bukan setakat tak habis makan, siap boleh kongsi kongsi dengan keluarga lagi walaupun tanam hanya 10 -15 pokok.

Ini yang saya buat dirumah saya.

1. Setiap 3 minggu, semai dan tanam 10 -15 pokok sawi. Buat 3 pusingan / generasi.

2. Di rumah saya ada 3 generasi sawi giant. Macam ini



loading...




3. Pilih benih yang berkualiti. Eloknya cari jenis yang tak pahit dan tak berbunga macam yang saya tanam. Saya panggil sawi giant sebab beratnya boleh cecah 1 kg/ pokok.

4. Yang bestnya tanam sawi giant ni, bila kita nak guna tak perlu cabut dengan akar. Memadai kita potong 2-3 helai daun yang kita nak masak je.

5. Pengalaman saya, sawi giant ni boleh bertahan 3-4 bulan. Boleh tuai seawal 3 minggu selepas tanam

6. Saya tanam dalam petak tanaman. Nak tanam dalam tayar dan pasu pun boleh. Semuanya hidup subur, saya dah buat.


7. Saya guna tanah campuran sebagai media tanaman. Bagi saya ia mudah nak urus dan jimat air serta baja.

8. Baja saya guna NPK larut air 18.18.18 + mikro. Siram 2 kali seminggu. Ec bermula dari 1.5 hingga 2.5.

9. Kawalan perosak dan penyakit saya guna racun organik buatan sendiri + cuka kayu.

Yang bestnya makan sawi tanam sendiri ni ialah ia betul betul fresh dan 100% bebas racun kimia.

Hasilnya



Sumber: Azuan Abdullah via Vanilla Kismis.

________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: