loading...
Cili jeruk memang sedap dimakan bersama pelbagai hidangan terutamanya char kuey teow. Kadangkala jika di kedai, cili jeruk yang diberi sudah lembik dan tidak rangup lagi.
loading...
CILI JERUK RANGUP
BAHAN-BAHAN:
- Cili hijau
- 2 sudu gula
- Cuka
CARA PENYEDIAAN:
1. Cuci bersih cili hijau sebelum dipotong.
loading...
2. Kemudian, hiris cili hijau mengikut saiz yang anda mahukan. Jangan potong terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.
3. Masukkan cili yang sudah dipotong ke dalam botol dan masukkan 2 sudu gula. Tutup botol tadi dan goncangkan supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. Jangan letak air dan biarkan cili tersebut terperap selama 3 hari di dalam peti sejuk.
4. Setelah tiga hari, barulah letak cuka makan separas cili potong tersebut. Ingat ya, jangan sesekali letak air di dalam botol.
5. Hari keempat, cili jeruk sudah boleh dimakan.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Farid Sham
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Resepi Ais Krim Asam Boi Legend Yang Terbaik, Letak Sedikit Tepung Jagung Untuk Haluskan Ais. Memang Sedap!
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.