Lala Masak Masam Manis. Ratah Macam Tu Je Pun Sangat Sedap.

Lala Masak Masam Manis. Ratah Macam Tu Je Pun Sangat Sedap.

loading...

Sedapnya Lala Masak Masam Manis ni. Ia juga dikenali dengan nama siput Retak Seribu. Selain masak seperti ni, ia juga sedap kalau dijadikan masak lemak. 

Lala Masak Masam Manis. Ratah Macam Tu Je Pun Sangat Sedap.

 

Memang bertambah nasi dalam pinggan. Bagi anda yang bercadang nak masak ‘seafood’ lambak, resipi Lala Masak Masam Manis perkongsian saudari Rosni Musa ni antara yang boleh dicuba. Sangat mudah. Selamat mencuba!


loading...


RESIPI LALA MASAK MASAM MANIS


BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket lala @ retak seribu
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • 2 batang serai – dititik
  • Cili kisar
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Garam dan perasa secukup rasa
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan-bahan yang telah dihiris sehingga naik bau.


2. Masukkan cili kisar dengan secukupnya. Tumis sampai cili masak.



loading...



3. Bila cili dah mula garing masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau rata. Masukkan sedikit air kalau bahan tumis mula pekat.


4. Perasakan dengan sedikit garam. Jangan masukkan banyak garam bimbang nanti terlebih masin.


5. Masukkan serbuk perasa.


6. Tambahkan juga sedikit gula. Kacau hingga sebati.


7. Akhir sekali, masukkan lala yang telah dibasuh bersih.


8. Gaul sebati dan renihkan sehingga lala masak.


9. Bila kulit lala mula terbuka, padamkan api dan bolehlah diangkat.  Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.


Kredit resipi & foto: Rosni Musa via Rasa


NAK RESIPI LAIN? Klik sini:

3 Menu Sinonim Tradisi Warisan , Hidangan Dekat Di Hati.  


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: