loading...
Hai assalamualaikum, hari ini kami nak kongsikan kepada anda semua resepi sarapan pagi iaitu resepi Scrambled Egg. Resepi ini daripada khairulaming. Jadi, kepada penggemar-penggemar telur mesti tahu dan suka dengan resepi ini kan.
loading...
Bahan-Bahan:
- 3 biji telur (3 eggs)
- 3 sudu susu segar (3 tbsp fresh milk)’
- Garam dan Lada Hitam (Salt and Black Pepper)
- 1 sudu Mentega (1tbsp butter)
- Daun Bawang (scallions)
Cara-Cara Masak Scrambled Egg:
- Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk.
- Masukkan 3 sudu susu segar.
- Letakkan garam dan lada hitam.
- Kacau bahan-bahan tersebut hingga sebati.
- Masukkan 1 sudu mentega ke dalam kuali panas (non-sticky pan).
- Setelah itu, masukkan bahan-bahan telur tadi ke dalam kuali tersebut.
- Ambil sudip dan tolak telur dari tepi ke tengah.
- Setelah masak 80% tutup api dan gaul telur tersebut
- Kemudian hidangkan diatas pinggan.
- Akhir sekali, taburkan daun bawang yang telah dipotong kecil.
loading...

Siap sudah resepi Scrambled Egg ni. Resepi ini nampak saja mudah untuk dibuat namun akan ada di kalangan kita yang akan gagal masak Scrambled Egg ini. Jadi, kami ucapkan semoga berjaya dan selamat mencuba kepada anda di rumah. Kami ada sediakan video di bawah untuk mengelakkan 50% kegagalan untuk masak resepi ini. Selamat menonton.
Video Cara Masak Scrambled Egg:
Kredit: Instagram khairulaming via KHALIFAH MEDIA NETWORKS
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Ini kaedah yang betul nak buat telur separuh masak. Memang hasilnya sebijik sama macam makan kat kedai
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
