Samosa Daging Pasti Nak Lagi

Samosa Daging Pasti Nak Lagi

loading...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Baiklah, kali ini saya nak kongsikan resepi samosa daging. 

Samosa Daging Pasti Nak Lagi

 

Resepi ini sangatlah sedap dan rangup tau. Lagi best kalau resepi ini untuk hidangan petang. Tanpa membuang masa marilah kita mencuba resepi samosa ini. Mesti jadi lah.


loading...


Bahan-bahan:

½ biji Ubi kentang
150gm Daging cincang
1 biji Bawang besar – dimayang
3 sudu besar Kacang hijau
2 sudu kecil Garam masala
2 sudu kecil Serbuk ketumbar
1/2sudu kecil Serbuk kunyit
1 sudu besar Halia – dicincang halus
4 sudu besar Daun ketumbar – dipotong
2 sudu besar Minyak untuk menggoreng daging
Sedikit garam
Kulit popia
Minyak untuk menggoreng
1 sudu kecil tepung jagung dicairkan dengan sedikit air



loading...


Cara-cara:

1. Mula-mula, kentang dipotong dadu dan direbus.

2. Selepas itu, panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang dan halia sehingga naik bau. Masukkan daging dan biarkan daging masak. Kemudian taburkan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, garam masala dan kacang hijau. Gaul sehingga rata.

3. Selepas itu, masukkan kentang yang telah direbus dan daun ketumbar. Tambahkan sedikit garam jika perlu.

 

4. Ambil satu keping kulit popia, bahagikan kepada 3 bahagian. Lipat-lipatkan menjadi segitiga. Masukkan inti dan lekatkan hujungnya dengan air tepung jagung. Gunakan 2 lapis untuk mengelakkan samosa pecah.

5. Akhir sekali Goreng dengan minyak dalam api sederhana panas.Inti samosa ini juga boleh digunakan sebagai inti karipap.

<span data-mce-type="bookmark" style="display: inline-block; width: 0px; overflow: hidden; line-height: 0;" class="mce_SELRES_start"></span>

Kredit: Resepi iCookAsia



NAK RESIPI LAIN? Klik sini:

Resepi Dorayaki Viral  


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: