Sos Thai Homemade Yang Sedap, Tak Perlu Guna Banyak Bahan

Sos Thai Homemade Yang Sedap, Tak Perlu Guna Banyak Bahan

loading...

Sos pencicah thai merupakan antara sos yang digemari ramai. Rasanya yang masam manis memang sedap apatah lagi jika dimakan bersama keropok lekor. 

Sos Thai Homemade Yang Sedap, Tak Perlu Guna Banyak Bahan

 

Sebenarnya, tak susah pun nak buat sos thai sendiri. Boleh guna resipi yang dikongsi oleh Nurul Mansor. Menariknya, resipi ini tida menggunakan banyak bahan. Jom cuba!


loading...


SOS THAI


 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji cili besar
  • Segenggam cili padi merah dan hijau
  • 6 ulas bawang putih
  • Secawan gula
  • Secawan cuka
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu bancuhan tepung ubi


loading...

CARA PENYEDIAAN:

1. Kisar cili besar, cili padi dan bawang putih.

2. Kemudian, masukkan bahan kisar, gula, cuka dan garam ke dalam kuali. Kacau sehingga mendidih.

3. Apabila sudah mendidih, kecilkan api dan masukkan air bancuhan tepung ubi.

4. Siap!



 

TIPS:

  • Gunakan hanya 1 sudu tepung ubi. Air boleh letak berapa banyak yang anda mahu, janji sebati. Jangan masuk serbuk tepung selepas sos masak, nanti ia akan berketul.

 

Kredit resipi & foto: Nurul Mansor via Rasa

 


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: