Buat Sendiri Bingka Jagung, Baru Puas Makan

Buat Sendiri Bingka Jagung, Baru Puas Makan

loading...

Kalau korang suka makan Bingka Jagung, ini resipi Bingka Jagung sukatan cawan yang mudah korang nak buat sendiri di rumah.

Buat Sendiri Bingka Jagung, Baru Puas Makan

 

Lagi pun nak beli bingka sepotong boleh tahan harganya, kalau buat sendiri baru puas makan. Buat lebih boleh sedekah pada jiran-jiran atau bawa bekal ke pejabat.


loading...


BINGKA JAGUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan gula
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastard
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 biji telur
  • Secubit garam
  • 1 tin jagung krim manis
  • Biijan untuk hiasan
  • Sedikit pewarna kuning


loading...


CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
2. Tuangkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.
3. Tuangkan dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api perlahan.
4. Sentiasa kacau hingga timbul wap dan sedikit kental. Tutup api.
5. Sapikan mentega dalam loyang pembakar, tuangkan aduanan tadi di dalamnya.
6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 45 minit hingga 1 jam.
7. Setelah masak, guna api atas selama lima minit. Kemudian tutup ketuhar.
8. Biarkan sejuk baru potong dan sedia dihidangkan.


NAK RESIPI LAIN? Klik sini:

Kuih Lejen Yang Tetap Orang Suka, Bingka Ubi Paling Sedap  


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: