Resepi Agar-Agar Santan Gula Melaka (Resepi Tular!)

Resepi Agar-Agar Santan Gula Melaka (Resepi Tular!)

loading...

Agar-agar kali ini merupakan salah satu resepi agar-agar yang telah menjadi tular. Ianya adalah agar-agar santan gula melaka. 

Resepi Agar-Agar Santan Gula Melaka (Resepi Tular!)

 

Ianya amat sedap kerana ia mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan santan yang mempunyai rupa seperti lumut dibawahnya. Agar – agar ini amat wangi kerana hasil penggunaan daun pandan, santan dan gula melaka.


loading...


Bahan – bahan di dalam resepi ini mudah untuk didapati. Rasanya amat lazat serta rupanya yang unik menjadikan ianya tular di media sosial. Ramai juga telah mencubanya dan mendapat hasil yang cantik dan berjaya. Oleh itu, resepi ini seharusnya dicuba. Ianya juga telah mendapat banyak shares dan likes di media sosial, ini menandakan komen positif yang pastinya merupakan hasil agar – agar ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Imah Halimah di laman Facebook beliau. Mari kita lihat!

Rsepi Agar-Agar Santan Gula Melaka

Agar-agar Gula Melaka

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 30g agar-agar tali
  • 1.5 liter air
  • 1.5 liter santan pekat
  • 600g gula melaka
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • Sedikit garam
  • 3 biji telur


loading...


Cara – cara memasak:

  1. Masak gula melaka bersama air sehingga hancur.
  2. Kemudian, letakkan daun pandan dan garam.
  3. Dalam bekas lain pecahkan telur, kacau dan campur dengan santan.
  4. Apabila air gula melaka dan agar-agar telah mula mereneh, masukkn santan tadi.
  5. Biarkan mendidih sehingga membuak.
  6. Keluarkan daun pandan dan masukkan ke dalam bekas.
  7. Sejukkan dalam 2 hingga 3 jam.
  8. Bahagian santan akan naik ke atas secara sendirinya.

P/s: Resepi ini kurang manis, jika hendak manis tambahkan gula melaka atau gula pasir.


Kredit - Saji.my

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:

Ianya amat sedap kerana ia mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan santan yang mempunyai rupa seperti lumut dibawahnya. Agar – agar ini amat wangi kerana hasil penggunaan daun pandan, santan dan gula melaka. 


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: