Guna 3 Bahan Je Buat Kuih Sagu Yang Sedap & Gerenti Jadi.

Guna 3 Bahan Je Buat Kuih Sagu Yang Sedap & Gerenti Jadi.

Teringin Kuih Sagu yang lembut kenyal dan manis lemak rasanya ini. Buat saja sendiri kerana ini adalah kuih paling mudah membuatnya dan kos juga sangat murah. 

Guna 3 Bahan Je Buat Kuih Sagu Yang Sedap & Gerenti Jadi.

 

Kalau anda teringin dan belum pernah buat. Anda boleh cuba resipi yang RASA kongsikan ini. Percayalah sangat mudah menyediakannya.


loading...


KUIH SAGU
BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan sagu mata ikan | Rendam dengan pewarna merah rose 1 1/2 jam
5 sudu makan gula pasir
Kelapa parut | putih sahaja & gaul dengan sedikit garam halus

loading...


CARA MEMBUAT:
1. Toskan sagu yang telah direndam tadi.
2. Masukkan dalam bekas dan gaul bersama gula.
3. Sudukan dalam acuan hingga sagu habis.
4. Kukus dalam pengukus yang sedia dipanaskan selama 25-30 minit.
5. Angkat dan sejukkan, kemudian keluarkan dari acua.
6. Gaulkannya dalam kelapa yang telah digaul dengan secubit garam dan telah dikukus sekejap untuk elakkannya dari cepat basi.
7. Sedia dihidangkan.

Sumber : Zuhara JN.

 

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:

Cara Buat Karipap Inti Sedap & Kulit Rangup, Bolehlah Cuba.  


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: