Udang Buttermilk ni antara salah satu resepi yang evergreen, dan sentiasa menjadi kegemaran semua peminat udang lebih-lebih lagi kanak-kanak dengan rasanya yang berlemak. Jika anda tiada idea nak masak apa, jom kita cuba resepi ini.

Bahan-bahan:
- Udang galah
- Buttercup (lagi banyak lagi sedap)
- Setengah tin susu cair
- 7 ulas bawang putih
- Cili api


Cara Memasak:
1. Tumbuk bawang putih bersama cili api.

2. Goreng dulu udang dengan mentega sehingga agak garing. Asingkan.

3. Guna bekas goreng udang tadi, tumis bawang putih dan cili api yang dikisar tadi.


4. Bila dah agak garing,masukkan susu dan garam.

5. Kacau sebati. Masukkan udang.

6. Masak sehingga pekat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 
Sumber: Fairuz Abu Hassan (Facebook) Via IcookAsia
Resepi OlehRencah Rasa.
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:Resepi Lala Tumis
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
