Resepi Hati Lembu Masak Jintan Rasa Penuh Berempah

Resepi Hati Lembu Masak Jintan Rasa Penuh Berempah

Resepi Hati Lembu Masak Jintan Rasa Penuh Berempah

Resepi Hati Lembu Masak Jintan Rasa Penuh Berempah


Assalamualaikum. Ramai tak penggemar hati lembu? Bagi saya sndiri kurang gemar tapi kawan-kawan dok suggest yang hati lembu ni baik untuk tambahkan darah merah. So, hari ni try masak hati lembu, of course beli yang local atau fresh dari pasar tani.




Saya kongsikan resepi hati lembu di sini, nak panggil masak berempah/masak jintan/masak pengantin sume bole sebab resepi yang saya tengok mana-mana lebih kurang sama jer. Yang pasti sangat sedap, In Shaa Allah.

Bahan-Bahan:

  • 500gm hati lembu (potong lebar-lebar, tak tebal tak nipis)
  • 3 sekawan (kayu manih, bunga lawang, pelaga)
  • 2 biji sederhana bawang merah*
  • 4-5 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1-2 sd besar cili mesin (jangan membukit)
  • 1 sd kecik kunyit serbuk
  • 2 sd kecik jintan manih serbuk
  • 1 sd kecik jintan putih serbuk
  • 1 sd kecik paste asam jawa
  • 2 sd kecik lada hitam (tumbuk halus)
  • Sedikit Kicap
  • Secukup rase
  • Gula



Bahan Tambahan:

  • Cili api/cili besar hijau & merah
  • 1 biju bwg holland ptong bulat
  • Daun sup

Cara Memasak:

1. Gaul hati dgn kunyit, jintan manih dan jintan putih (ketepikan). Panaskan minyak dan masukkan rempah 3 sekawan dan bahan bertanda (*), blend dulu yer.

2. Dah agak garing dan naik minyak, masukkan cili mesin dan kacau sehingga cili garing. Masukkan paste asam jawa dan hati yang dah perap tadi dan serbuk lada hitam, gaul sebati.

3. Boleh masukkan sedikit air untuk hati masak sekata dan boleh renjiskan kicap ikut gelap yang dikehendaki. Perasakan dengan secukup rase dan sedikit gula.

4. Masaklah hingga air hati agak-agak kering sikit dan masukkan cili api atau cili besar. Sebelum angkat, masukkan bawang besar holland. serta hiaskan dengan daun sup. Selamat mencuba.

Resepi Hati Lembu Masak Jintan Rasa Penuh Berempah

Resepi Oleh: Mona Jaafar

Resepi Oleh  resepibonda

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:Rebus Dulu Baru Sedap, Ini Resipi Daging Masak Merah


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: