Jom cuba masak Lemang Goreng. Pulut biasanya dijadikan pulut kuning ataupun dimakan bersama aneka kuah manis. Jika mahukan sedikit kelainan, anda boleh sajikan Lemang Goreng Celup Telur atau juga dipanggil Pulut Kukus Goreng buat ahli keluarga.
CARA MASAK LEMANG GORENG @ PULUT KUKUS GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras pulut | direndam 8 jam
- 1 kotak kecil santan
- 1 cawan gula
- 1 sudu kecik garam
- 3 biji telur
- 1 cawan air panas
CARA MEMASAK:
1.Satukan santan, gula dan garam dalam bekas. Campurkan juga air panas ke dalam santan. Kacau hingga sebati.
2.Toskan beras pulut dan kukus separuh masak. Angkat dan gaulkan dengan bancuhan santan tadi.
3.Kukus kembali pulut tadi hingga betul-betul masak. Angkat dan sejukkan anggaran 20 minit.
4.Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan ratakan hingga padat.
5.Potong kecil pulut tadi dan celupkan ke dalam telur yang telah dipukul.
6.Goreng dalam minyak panas sehingga garing dan kekuningan.
7. Angkat dan boleh dinikmati bersama gulai, sambal atau dimakan begitu sahaja.
Kredit resipi & foto: NorShawatie Mohamed
Resepi Oleh
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:Kuih Kaswi Simple Sukatan Cawan
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.