Kalau Badan Berisi, Rendah Jangan Beli Baju Kurung Pahang! Ini Panduan Pilih Baju Raya Yang Sesuai Bentuk Badan

Kalau Badan Berisi, Rendah Jangan Beli Baju Kurung Pahang! Ini Panduan Pilih Baju Raya Yang Sesuai Bentuk Badan

Tengok baju kurung moden cantik di butik atau online dengan warna yang berkenan di hati, kita pun beli. Tapi bila kita pakai nampak macam tak kena walau pun saiz dah betul.

Kalau Badan Berisi, Rendah Jangan Beli Baju Kurung Pahang! Ini Panduan Pilih Baju Raya Yang Sesuai Bentuk Badan







Salah satu sebab jadi begini adalah kerana potongan baju kurung ini tak sesuai dengan bentuk badan kita. Baju kurung kan ada banyak potongan. Supaya tak tersalah pilih dan penampilan kita di hari raya nampak elok, cantik perkongsian @siswanisenan boleh dijadikan panduan.

Tip pilih potongan baju kurung sesuai bentuk badan kita

Ini adalah bebenang panduan memilih design baju raya mengikut bentuk badan wanita!

1. Baju kurung moden dart depan

Sesuai untuk mereka yang memiliki bahagian tubuh atas kecil tapi punggung besar.


2. Baju kurung moden dart belakang

Sesuai untuk wanita yang bahagian atas atau dada besar tapi punggung leper. Jangan pilih dart depan untuk elak bahagian dada besar makin menonjol.



3. Baju kurung corak sama baju dan kain

Sesuai untuk wanita yang rendah dan kecil (petite). Corak yang sama akan beri ilusi lebih tinggi.


4. Pesak gantung

Sesuai untuk wanita yang rendah dan ada masalah perut buncit.
Potongannya yang kembang sedikit akan menutupi perut buncit sekali gus beri ilusi langsing.


5. Kurung Pahang

Sesuai untuk mereka yang kurus tinggi. Potongan baju ini yang kembang di bahagian bawah akan buat mereka yang tinggi nampak lebih menarik dan ada ‘shape’.



6. Potongan Duyung

Sesuai untuk mereka yang berbadan kurus, besar bahagian atas dan ‘tiada pinggang’. Potongan ini akan beri keseimbangan pada bahagian bawah. Jangan pilih potongan ini jika bahagian punggung lebar atau besar.

 


Semoga bermanfaat

Sumber: @siswanisenan


Resepi Oleh Vanilla Kismis.

NAK RESIPI LAIN? Klik sini: Pipi Gadis Ini Terpaksa Dibedah Lepas Muncul Ketulan Misteri Akibat Sering Berlaga Pipi


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: