Nak Tahu Nafas Bau Busuk Ke Tak, Cuba Buat 6 Langkah Ini

Nak Tahu Nafas Bau Busuk Ke Tak, Cuba Buat 6 Langkah Ini

loading...

Masalah nafas berbau memang mengharukan. Bayangkan first impression dengan penampilan cantik dan kacak bergaya, sekali buka mulut… hurmmm terus turn off.

Nak Tahu Nafas Bau Busuk Ke Tak, Cuba Buat 6 Langkah Ini

 

Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan tidak disebabkan oleh jenis pengambilan makanan atau penyakit.


loading...


Kebiasaannya nafas berbau hanya pada waktu tertentu saja seperti selepas bangun tidur. Sekiranya masalah ini berpanjangan, anda mesti berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan.

Masalah nafas berbau merupakan masalah peribadi dan agak memalukan. Untuk memberitahu seseorang mengenai nafas berbau adalah satu langkah yang sukar. Oleh itu, kamu cuba beberapa cara ini bagi nak tahu nafas kamu bau busuk atau tidak.

Jilat Di Nadi Tangan

Selepas anda menjilat bahagian dalam pergelangan tangan (di bahagian nadi), tunggu selama 5 hingga 10 saat dan kemudian hidu.


Foto – Wikihow

Ini memberi gambaran yang tepat tentang bagaimana nafas anda berbau. Sekiranya anda merasakan bau busuk, ia mungkin disebabkan oleh lapisan sulfur dari lidah anda.

Jari Sentuh Lidah


Foto – Brightside

Caranya sama saja macam jilat di pergelangan tangan. Di sini, jari kamu sentuh lidah dan biarkan beberapa saat, setelah air liur kering, bau jari.



loading...


Bernafas Dalam Gelas Yang Bersih

Ambil gelas bersih dan tarik nafas di dalamaya. Selepas itu, letakkan gelas yang sama di hidung dan tarik nafas dalam-dalam.


Foto – Wikihow

Bau yang anda rasa akan membantu anda menilai nafas anda sendiri. Anda juga boleh menggunakan beg plastik tanpa bau. Hembuskan nafas dalam-dalam dan selepas itu ambil nafas.

Lap Permukaan Lidah Dengan Sehelai Kain Kasa


Foto – Sensorex

Bila dah lap lihat kain kasa selepas itu. Lika ia mempunyai lapisan kekuningan, itu bererti ada bau dan disebabkan oleh pengeluaran sulfida yang tinggi. Anda juga boleh mencuba ujian ini dengan tisu.

Guna Pengikis Lidah

Gores lidah, dan jika anda lihat lapisan pada lidah berwarna putih, itu bermakna banyak kotoran dari makanan, bakteria, atau sel mati telah berkumpul di sana.


Foto – Dental Group

Anda mesti membersihkan lidah anda dengan kerap. Sekiranya masih tidak hilang dalam beberapa minggu, anda harus berjumpa doktor. Lidah berwarna merah jambu, jelas menunjukkan kesihatan mulut yang baik.

Guna Benang Gigi (Floss)

Pilih benang tanpa bau untuk ujian ini agar tidak mempengaruhi hasilnya. Floss di antara gigi macam yang anda lakukan semasa rutin harian, dan bau kemudiannya. Nafas berbau boleh berpunca dari makanan yang tersekat di antara gigi anda juga.


Foto – Wilkinson Dental

Nafas berbau boleh berlaku kerana pelbagai sebab, dari kebersihan mulut hingga penyakit gusi dan kerosakan gigi.

Tidak menggunakan berus gigi dengan betul atau tidak menggantinya setiap 3 hingga 4 bulan dapat meningkatkan kemungkinan anda mengalami halitosis.

Dalam beberapa kes, nafas berbau juga berhubung kait dengan keadaan kesihatan anda juga, jadi berjumpa doktor jika keadaan berterusan.

Selamat Beramal!


NAK RESIPI LAIN? Klik sini:

Cara Buat Cili Jeruk Yang Rangup  


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: