Resipi Biskut Dahlia Sedap, Kuih Raya Klasik Orang Dulu-Dulu

Resipi Biskut Dahlia Sedap, Kuih Raya Klasik Orang Dulu-Dulu

Bila tiba raya, Biskut Dahlia antara salah satu biskut raya klasik kegemaran ramai yang wajib ada.

Resipi Biskut Dahlia Sedap, Kuih Raya Klasik Orang Dulu-Dulu


Tak lengkap Syawal tanpanya. Ia ibarat salah satu biskut klasik yang mengimbau kenangan indah waktu raya lebih-lebih lagi dikala kecil dulu.




Jika anda bercadang nak buat biskut ini untuk raya nanti, saudari Suey Harriz Sue ada kongsikan resipinya. Jom cuba!

 

CARA MEMBUAT BISKUT DAHLIA KLASIK GUNA SUKATAN CAWAN


BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan mentega – boleh guna marjerin 
  • 1 cawan gula kastor 
  • 1 cawan tepung jagung 
  • 1 cawan tepung kastard 
  • 1 biji kuning telur
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 2 titik esen vanilla 
  • Ceri secukupnya 



CARA MEMASAK:

1.Pukul mentega dan gula kastor hingga putih.

2.Kemudian masukkan kuning telur dan juga esen vanilla. Pukul sekejap.

3.Masukkan tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum yang telah diayak. Kaup balikkan hingga sebati dan jadi doh yang sempurna.

4.Ambil doh biskut, masukkan ke dalam acuan dan terap atas loyang yang telah dioles mentega. Boleh juga alas loyang dengan baking paper.


5.Letakkan potongan ceri di atas biskut.

6.Bakar biskut pada suhu 160-170c selama 25-30 minit.

7.Bila biskut masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


Kredit resipi & foto: Suey Harriz Sue


Resepi Oleh Rasa

NAK RESIPI LAIN? Klik sini: Cara Buat Coklat Chip Cookies Yang Mudah, Sedap Macam Cookies Jenama Terkenal


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: