Semalam daun pokok sayur elok segar, hari ini tengok dah berlubang dimakan dek serangga atau ulat perosak.
Apa perlu buat bila daun berlubang dimakan serangga
Jadi apa yang perlu dilakukan jika pokok sayur sudah jadi begini? Perkongsian Tariq Syahman boleh dijadikan panduan kepada mereka yang berdepan tanaman sebegini.
“Apa yang tuan guna untuk elak serangga makan pokok-pokok tuan?” Ok. Dia macam ni…
1. Benda paling penting kita kena faham, bila tanam pokok yang jadi makanan dia, serangga ini akan automatik datang. Kadang-kadang dia ada, kadang-kadang dia tiada. Kadang-kadang serangga datang sikit saja, kadang-kadang banyak pula.
2. Cikgu saya pernah pesan, pokok yang sihat akan macam ada shield sekelilingnya. Serangga tak akan suka-suka hati datang makan. Penyakit pun susah nak hinggap. Macam manusia jugak, ada masa antibodi kuat, ada masa antibodi lemah. Bila masa lemah tu, barulah kena serang.
3. Jadi, perkara paling penting adalah pastikan pokok sihat dulu. Air, cahaya & baja mesti cukup. Kalau pokok tak sesuai di tempat redup, ubah ke tempat yang lebih cerah. Kalau pokok tak suka kawasan lembap, ubah ke kawasan lebih kering.
4. Kita buat perkara ini saja sebahagian masalah serangga/penyakit pokok kita dah setel.
5. Kalau serangga datang serang jugak, barulah kita guna produk yang bersesuaian.
6. Untuk serangga macam mealybugs (koya) atau aphids (kutu daun), saya lebih suka PICIT je kalau terjumpa. Kalau banyak sangat, terus trim daun pokok yang terdapat serangga. Buang jauh-jauh atau bakar lagi bagus.
7. Untuk serangga yang besar & tak terbang contohnya kesing & kumbang, saya suka spray air sabun. Caranya bancuh satu sudu pencuci pinggan + air paip 1 liter, masukkan dalam spray kemudian sembur pada serangga, sekejap saja dah mati.
8. Larutan air sabun ini berkesan untuk macam-macam serangga. Lipas pun mati kalau kena air sabun. Cuma kita nak kena sembur tepat pada serangga. Kalau macam belalang yang suka lompat-lompat susah lah sikit.
9. Ada yang suka guna air semburang bawang putih & cili. Bagi saya, ianya kurang berkesan. Saya pernah cuba try tapi saya lebih prefer air sabun.
10. Untuk serangga perosak yang kita tak nampak & suka sembunyi-sembunyi, contohnya anak belalang & ulat-ulat, barulah saya guna semburan racun organik.
11. Guna saja yang mana pun, lebih kurang saja fungsi dia. Selalunya bahan aktif dia berasal dari tumbuh-tumbuhan. Contohnya cuka kayu, minyak daun neem, pati chrysanthemum, etc.
12. Semburan yang berasas organik ini memang selamat untuk manusia & haiwan. Ia hanya beracun untuk serangga saja. Lagi satu, semburan organik ini tak bertindak sepantas kilat. Kalau spray pada serangga jangan pelik pulak kalau nampak serangga boleh jalan-jalan lagi.
13. Spray-spray ni semua selalunya bertindak sebagai deterrent. Maknanya ia menghalang/menghindar serangga. Kalau serangga bau pada mereka rasa tak selera nak makan ke, rasa loya ke, saya tak tahu lah. Hahaa.. Tapi macam tu lah dia berfungsi.
Pokok-pokok saya pun takdalah semuanya flawless, banyak saja lubang-lubang kena makan dengan ulat. Boleh tengok kat gambar tu.
Jaga pokok bagi sihat, InsyaAllah tak perlu risau sangat pasal serangan serangga perosak.
Semoga bermanfaat
Sumber: Tariq Syahman
Resepi Oleh Vanilla Kismis.
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:4 Tugas Daun kesum di dalam otak manusia
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.