Resipi Stew Ayam Yang Enak Dihirup. Letak Kentang & Lobak, Lengkap Hidangan

Resipi Stew Ayam Yang Enak Dihirup. Letak Kentang & Lobak, Lengkap Hidangan

Sekali pandang macam sup tapi kuah lagi pekat. Hidangan ini adalah stew ayam bersama kentang dan lobak.

Resipi Stew Ayam Yang Enak Dihirup. Letak Kentang & Lobak, Lengkap Hidangan


Berbanding sup, stew ayam memang lebih pekat kerana turut dimasukkan bancuhan tepung jagung dengan air. Stew ini boleh masukkan sekali kentang dan lobak, jadi makan satu lauk ini saja dah cukup lengkap.




Jika nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Eryn TJ

Cara buat stew ayam dengan kentang dan lobak


 

Bahan-bahan

1 ekor ayam -potong kecil
3 biji ubi kentang -potong empat
1 biji lobak merah -potong empat
1 biji bawang holland -hiris nipis
4 ulas bawang putih -diketuk
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
2 tangkai daun bawang -hiris
2 sudu besar tepung jagung (bancuh bersama 4 sudu besar air)
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk lada hitam tumbuk
1 kiub stok ayam




Cara memasak :

1. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga keperangan. Masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam menjadi sedikit keperangan.

2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap air dan gaul rata bersama ayam.

3. Masukkan ubi kentang dan lobak merah. Masukkan air biar ayam, ubi kentang tenggelam dan kiub ayam.

4. Perasakan dengan garam secukup rasa, serbuk lada putih & serbuk lada hitam tumbuk dan renehkan di api kecil selama 30 minit hingga ayam, kentang & lobak masak.

5. Masukkan air jagung sedikit demi sedikit untuk memekatkan kuah dan gaul rata. Tutup api dan taburkan daun bawang.

Selamat mencuba.

Sumber: Eryn TJ


Resepi Oleh Rasa

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:Ayam Masak Serai Ala Thai Simple Akan Buat Anda Tak Keruan


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: