Satu balang penuh dengan gula, tapi dek kerana tutup tak ketat habis dimasuki semut. Ada juga gula masih lagi dalam pek belum dibuka tapi dah ada semut di dalamnya.
1. Ambil balang gula yang penuh dengan semut kemudian letak beberapa batang kulit kayu manis di dalamnya.
2. Biarkan balang atau plastik berisi gula terbuka supaya semua boleh keluar.
3. Selepas satu jam semut dalam balang akan hilang dari balang. Jika masih ada, biarkan lagi kulit kayu manis di dalamnya hingga semut tiada.
4. Sebaiknya periksa jika ada semut mati yang tertinggal dalam bekas gula, keluarkan sebelum ditutup ketat.
Ini hasilnya selepas sejam.
Sumber: Ameera
Hukum makan semut
Dipetik daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semut adalah haram dimakan kerana sifatnya sebagai bangkai; matinya tidak disembelih. Apabila semut masuk ke dalam gula, maka hendaklah sedaya upaya mengeluarkannya sama ada ia hidup atau mati.
Kita juga dilarang untuk membunuh semut. Hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma:
Ù†َÙ‡َÙ‰ رَسُولُ اللهِ صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ عَÙ†ْ Ù‚َتْÙ„ِ Ø£َرْبَعٍ Ù…ِÙ†َ الدَّÙˆَابِّ: النَّÙ…ْÙ„َØ©ِ، ÙˆَالنَّØْÙ„َØ©ِ، ÙˆَالْÙ‡ُدْÙ‡ُدِ، Ùˆَالصُّرَدِ
Maksudnya: “Rasulullah ï·º melarang daripada membunuh empat binatang yang melata: semut, lebah, hud-hud dan al-surad (sejenis burung lang).”
Riwayat Ahmad (3066), hadis sahih.
Resepi Oleh Vanilla Kismis.
NAK RESIPI LAIN? Klik sini: Tanam Tauge Dalam Balang Kuih, Lagi Senang! Boleh Terus Simpan Dalam Peti Ais
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.