Dijamin Bersih & Halal, Buat Sendiri Sawi Jeruk Hanya Guna 5 Bahan

Dijamin Bersih & Halal, Buat Sendiri Sawi Jeruk Hanya Guna 5 Bahan

Anda suka makan sawi jeruk ni? Biasanya untuk menikmati hidangan ni, anda terpaksa belinya di pasar. Kadang kala ragu juga mengenai status halal sawi jeruk ini, tahap kebersihan dan proses pembuatannya.

Dijamin Bersih & Halal, Buat Sendiri Sawi Jeruk Hanya Guna 5 Bahan


Kini, anda boleh hasilkan sawi jeruk secara homemade. Buat sendiri tentunya lebih bersih dan diyakini halal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ija Honey ni. Pasti sedap.




RESIPI SAWI JERUK HOMEMADE YANG DIYAKINI HALAL GUNA 5 BAHAN


BAHAN-BAHAN:
1kg sawi (Kai Choy)
Garam kasar secukupnya 




CARA-CARA:
1.Potong sawi dan rendam sekejap untuk buang kotoran yang melekat pada sayur. Basuh dan toskan.
2. Lumur garam kasar pada seluruh kelopak sawi.



3. Bila semua kelopak sudah dilumur, letak sawi dalam bekas besar. Perap selama 4 jam.
4. Selepas 4 jam, basuh sawi dengan air bersih untuk membuang lebihan sisa garam kasar. Keringkan.



BAHAN AIR RENDAMAN / AIR PERAPAN:
3 liter air
500gm garam
3 sudu makan tepung beras 
Serbuk kunyit 

CARA MENJERUK:

1. Masak air dan garam. Bila air telah mendidih, tutup api dan sejukkan.
2. Bila air garam telah sejuk, masukkan kunyit serbuk dan tepung beras. Kacau hingga larut.
3. Ambil sawi yang telah dikeringkan tadi. Rendam dalam air perapan.
4. Perap selama seminggu dan jadilah sawi jeruk. Bolehlah digunakan dalam masakan.


Kredit resipi & foto: Ija Honey


Resepi Oleh Rasa

NAK RESIPI LAIN? Klik sini: Sambal Goreng Jawa Simple


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: