Resipi Masak Asam Rebus Ikan Patin, Tip Buang Hanyir Ikan Ini Kena Buat

Resipi Masak Asam Rebus Ikan Patin, Tip Buang Hanyir Ikan Ini Kena Buat

Antara lauk dari negeri Pahang yang terkenal adalah masak tempoyak ikan patin. Tapi selain hidangan ini, satu lagi yang disukai adalah resipi asam rebus ikan patin.

Resipi Masak Asam Rebus Ikan Patin, Tip Buang Hanyir Ikan Ini Kena Buat


Lauk ini cukup ringkas tapi enak. Namun paling penting dalam menyediakan asam rebus ikan patin ini adalah ia tidak berbau hanyir. Cara menyediakan asam rebus ikan patin dan tip menghilangkan bau hanyir ikan ini dikongsi oleh Misza Manap.




Resipi asam rebus ikan patin


Bahan-bahan

Ikan patin (ikan lain pun boleh)
Cili kering & cili api
Kunyit hidup
Bawang putih
Lengkuas
Daun kesum
Asam keping
Garam dan serbuk perasa




Cara membuat:

1. Kisar cili kering, cili apo kunyit hidup dan bawang putih. Lengkuas pula ditumbuk kasar.

2. Masukkan air dalam periuk kemudian masukkan bahan kisar, asam keping, daun kesum, ikan, garam dan perasa.

3. Rebus hingga mendidih, bila ikan sudah masak boleh ditutup api.

Tip buang hanyir ikan patin


– Sewaktu membersihkan ikan patin buang urat putih. Kemudian perap ikan patin dengan tepung, asam jawa dan garam.

Sumber: Misza Manap.


Resepi Oleh Rasa

NAK RESIPI LAIN? Klik sini: Resipi Siakap Goreng Pedas Manis, Satu Famili Confirm Suka


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: