Tip Buat Roti Puri Lebih Rangup, Tak Kempis Walau Dah Sejuk

Tip Buat Roti Puri Lebih Rangup, Tak Kempis Walau Dah Sejuk

Hidangan roti puri ini boleh dijadikan menu pagi atau pun petang. Cicah dengan sambal sardin, bilis atau kari semalam lagi sedap.

Tip Buat Roti Puri Lebih Rangup, Tak Kempis Walau Dah Sejuk


Kalau selalu buat guna yis atau Mauripan, kali ini boleh ikut cara buat roti puri oleh Noraslinda Md Radzhi. Caranya tak menggunakan bahan tersebut tapi lebih rangup, roti sejuk pun tak kempis.




Cara buat roti puri tanpa yis yang rangup


 

Roti puri tanpa mauripan, lebih rangup dan bila roti sejuk tak kempis. Berbeza buat bila letak mauripan, roti dah sejuk, roti pun kempis. Lain org lain cara kan.

Bahan-bahan

1/2 kilo tepung gandum
1 sdk baking powder
1 biji telur
2 sdb marjerin
2 sdb susu pekat
Air

Cara membuat:

1.Tepung gandum, baking powder diayak.

2. Masukkan marjerin dalam tepung diajak tadi dan ramas dijadikan serbuk roti.

3. Masukkan susu pekat dan telur. Gaul dan ramas.




4. Tuang air sedikit demi sedikit. Uli hingga tak lekat tangan. Bulat-bulatkan. Biar doh rehat selama 20 minit.


 

5. Panaskan minyak, gelek atau canaikan doh dan goreng. Sambil itu curahkan minyak panas atas roti nanti akan jadi gelembung.

6. Bila dah agak keperangan balikkan. Siap

7. Hidang dengan sambal tumis, sambal sardin atau kari. Nak makan begitu saja pun sedap.

Selamat mencuba.

Sumber: Noraslinda Md Radzhi.


Resepi Oleh Rasa

NAK RESIPI LAIN? Klik sini: Cara Buat Kuih Tiram Yang Rangup, Berlapis Cantik, Resipi Daripada Peniaga Sendiri


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: