Resepi Kambing Perap Guna 3 Bahan Je. Mudah, Jimat & Murah. Pasti Puas Hati

Resepi Kambing Perap Guna 3 Bahan Je. Mudah, Jimat & Murah. Pasti Puas Hati

loading...

Buat sendiri lagi jimat dan murah rupanya kambing perap ni. Kalau beli, boleh tahan mahal juga.

Resipi Kambing Perap Guna 3 Bahan Je. Mudah, Jimat & Murah
Resepi Kambing Perap Guna 3 Bahan Je. Mudah, Jimat & Murah. Pasti Puas Hati

Bahan yang digunakan untuk buat kambing perap ni pun mudah untuk didapati dan tidak berapa mahal. Kalau buat sendiri, boleh makan puas-puas! Baru puas hati. Jom cuba resipi perkongsian oleh Farmiza Masur di bawah.


loading...








Resipi Kambing Perap Guna 3 Bahan

Bahan-bahan:

  • Kambing 2 kg
  • Sos kimball blackpepper 1 paket
  • Bawang putih 1 labu (1/2 dadu, 1/2 blender dengan sos kimball tu)

Cara-cara:

  1. Basuh kambing. Segat kambing untuk buang air tu.
  2. Bawang putih ambil separuh, potong dadu dan separuh lagi blender bersama sos kimbal blackpepper.
  3. Kemudian ambil daging dan celup-celup dalam sos tu.
  4. Perap 2 hari sebelum masak supaya bahan-bahan meresap betul-betul ke dalam kambing, baru daging akan lembut.

Boleh la grill atau bakar dalam oven. Kalau cicah dengan sos blackpepper mesti sedap ni. Jom ikuti resepi sos pula.




loading...


Bahan-bahan sos blackpepper sedap:

  • 1 tin sos carbonara berkrim
  • Kentang rebus 2 biji (hancurkan)
  • Susu full cream/fresh milk/low fat (sukat bg penuh 1 tin sos carbonara tu)
  • 3/4 sb blackpepper (blender kering)
  • 3 biji bawang putih (di dadu)
  • 2 sb butter
  • Kicap manis
  • Garam

Cara-cara:

  1. Butter dipanaskan sehingga cair. Masukkan bawang putih. Bila dah naik bau masukkan sos carbonara.
  2. Masukkan susu dan kentang yang dilenyek.
  3. Kacau sentiasa sebab takut hangus. Masukkan blackpepper dan kicap, agak-agak warna dah okay, letakkan garam secukup rasa.
  4. Siap.
  5. Sos blackpepper kalau rasa macam pekat nak cair boleh la tambah air atau susu. (ikut yg di hendaki)

Selamat mencuba!

BACA : Cara Buat Bakso Indonesia, Resepi Original Dari Indonesia

________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: