Kalau waktu zaman kanak-kanak dulu mesti korang biasa makan kepingan asam hawflakes ni. Satu memang tak cukup buat ketagih nak makan.
KEK ASAM MANIS
Bahan-bahan:
1 sudu besar ovellate
180g gula kastor
500g marjerin/mentega
10 biji telur
200g tepung gandum/tepung pau
100g Horlicks *diayak bersama tepung
170g kaya
5 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna pilihan
Perisa pilihan
Haw flakes plums
ADUNAN HIJAU
perisa horlicks+pandan
ADUNAN KUNING
perisa asli horlicks+hawflakes plums
ADUNAN MERAH JAMBU
perisa horlicks+strawberi
CARA MEMASAK:
1)Pukul marjerin+gula+ovellete sampai kembang putih dan
ringan.Perlahankan mixer,masukkan telur satu demi satu sampai habis
sambil putar sehingga sebati.
2)Masukkan kaya,susu pekat dan esen vanilla.Dah nampak adunan
licin,masukkan tepung+horlicks sedikit demi sedikit,putar pada kelajuan
perlahan sahaja cukup untuk digaul sebati.
3)Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan(guna penimbang &
calculator).*Jika tiada penimbang boleh gunakan senduk/cawan untuk
dapatkan bahagian sama rata.
Kemudian setiap mangkuk adunan,bahagikan lagi kepada 3 bahagian.
4.Bakar pada 160°c (ikut kesesuaian suhu oven masing-masing)Kawal suhu
oven mengikut keadaan kek,adakalanya perlu diturunkan suhu untuk
mengelakkan hangus atau untuk pastikan adunan kek masak sekata.

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Kek Kelapa Gebu & Semerbak Harum. Resipi Ikut Sukatan Cawan Gerenti Jadi
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
