Kek Pisang Coklat Kukus Sukatan Guna Cawan. Lembut, Gebu Macam Span.

Kek Pisang Coklat Kukus Sukatan Guna Cawan. Lembut, Gebu Macam Span.

loading...

Sedapnya Kek Pisang Coklat ni. Bagi anda yang gemar makan kek yang baru siap dimasak, resipi yang dikongsi dari saudari Noriza Awang Hamat ini antara yang paling mudah. 

Kek Pisang Coklat Kukus Sukatan Guna Cawan. Lembut, Gebu Macam Span.

 

Tak perlu guna ketuhar pun. Hanya periuk kukusan sahaja. Bahannya pun sukat guna cawan je. Cepat dan dijamin menjadi elok keknya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.


loading...


RESIPI KEK PISANG COKLAT VERSI KUKUS


BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang yang siap dilenyek
4 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan serbuk koko
Esen vanilla


 

CARA MEMASAK:

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.

2. Satukan telur, minyak masak dan esen vanilla. Blender seketika dan tuang ke dalam bekas.

3. Kemudian masukkan pisang dan tepung yang diayak tadi. Kaup balikkan adunan hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan satu lagi dibiarkan pada warna asal.



loading...


5. Ambil loyang. Oles marjerin hingga rata.

6. Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang. Lakukan hingga habis.

7. Panaskan periuk kukusan dan kukus kek hingga masak.


8. Angkat dan sedia untuk dinimati.



Kredit resipi & foto: Noriza Awang Hamat



NAK RESIPI LAIN? Klik sini:

Kek Kelapa Gebu & Semerbak Harum. Resipi Ikut Sukatan Cawan Gerenti Jadi  


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: