loading...
Ikan patin tempoyak merupakan antara menu legend yang menjadi kegemaran ramai. Nak masak ikan patin tempoyak ini tidaklah susah. Cuma jika tersilap, menu ini akan berbau sedikit hanyir.
loading...
IKAN PATIN TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
- Ikan patin
- 3 batang serai | diketuk
- 1 sudu besar gula | lebihkan gula jika tempoyak masam dan dah lama
- 1/2 sudu besar garam
- Sedikit bahan perasa
- Air secukupnya
- 1 batang timun
- 1 cawan tempoyak
- Daun kesum | jika suka
BAHAN LAIN:
- 10 biji cili padi
- 3 biji cili merah (cili besar)
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 1/2 sudu besar serbuk kunyit
*Tumbuk menggunakan lesung batu. Jangan tumbuk berlalu lumat, tumbuk kasar sahaja.
loading...
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam periuk kecuali ikan.
2. Renehkan sehingga betul-betul mendidih.
3. Bila dah mendidih, masukkan timun dan ikan.
4. Bila ikan dah masak, rasa masakan. Jika ada yang terkurang, boleh ditambah.
5. Siap!
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal via Rasa
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Aneka Resipi Sotong Yang Mudah & Menyelerakan
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.