Sambal Ikan Bilis Rangup Tahan Lama

Sambal Ikan Bilis Rangup Tahan Lama

loading...

Akak nak share resepi sambal ikan bilis yang orang duk jual tu. Akak dah buat memang rangupp berhari-hari tau. Makan dengan apa saja pun sedap, yang pasti memang takde guna air dalam sambal ni sebab tu sambal ni rangup.

Sambal Ikan Bilis Rangup Tahan Lama

 




loading...


Bahan-Bahan:

  • Ikan bilis dibasuh dan ditoskan hingga kering
  • Bawang kecil dihiris halus (basuh bawang dulu pastu baru hiris tau)
  • Bawang putih pun dihiris
  • Cili kering dibasuh dan keringkan
  • Asam keping
  • garam dan gula
  • Tepung beras, Tepung jagung, dan Tepung gandum atau Tepung Tempura Bestari

Cara Membuat:

1. Gaul ikan bilis dengan ketiga-tiga tepung tadi. Akak lebihkan tepung beras dari tepung yang lain. Sukatan agak-agak je, InshaAllah tetap garing bila betul cara gorengnye. Gaulkan juga bawang kecil, bawang putih tadi dengan tepung-tepung tadi.

2. Panaskan api sederhana besar, goreng bawang kecil dan bawang putih dulu berasingan. Kena kawal api ye kalau tak hangus nanti. Bila agak-agak dah golden brown boleh angkat dan toskan.

3. Pastu gorengkan ikan bilis hingga garing dan toskan. Cili kering tadi digoreng juge dalam 2-3 minit atau agak-agak garing tapi jangan sampai hangus nanti pahit. Kemudian kisar cili kering TANPA AIR ye.



loading...

4. Dalam kuali dengan sedikit minyak, tumis cili kering tadi kemudian masukkan garam, gula dan juga asam keping. Gula lebihkan sikit ye. Kacau sampai gula dan garam larut.

5. Kemudian tutup api dan sejukkan sambal. Bila dah sejuk baru masukkan bahan-bahan goreng tadi dan kacau rata. Siap untuk dinikmati sambal ikan bilis yang rangup dan tahan lama.

Nota: jika terbanyak minyak masa menggoreng takpe, korang just kaut sambal bilis yang dah digaul dengan semua bahan-bahan tadi dan toskan dengan penapis. Kemudian lapik dengan tisu dapur dalam bekas kedap udara dan tuang sambal bilis tadi.

Sambal Ikan Bilis Rangup Tahan Lama

Resepi Oleh: Noriza Jaja  via resepibonda



NAK RESIPI LAIN? Klik sini:

Sos Thai Homemade Yang Sedap, Tak Perlu Guna Banyak Bahan  


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: