Step By Step Masak Pulut Kuning & Tip Supaya Tahan Lama, Tak Mudah Basi

Step By Step Masak Pulut Kuning & Tip Supaya Tahan Lama, Tak Mudah Basi

Hidangan pulut kuning dengan rendang memang kegemaran ramai. Makan dengan sambal pun best juga.

Step By Step Masak Pulut Kuning & Tip Supaya Tahan Lama, Tak Mudah Basi

 

Jika berhajat nak buat pulut kuning termasuk ketika raya nanti boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Maz Samad ini.


loading...


Cara ini pulut kuning yang dimasak tahan lama dan tak mudah basi. Bagi yang kali pertama masak pulut kuning boleh gunakan cara ini juga kerana ia lengkap.

Tip agar pulut kuning tahan lama, tak mudah basi


Ikut langkah demi langkah ini ya;

1. Rendam 1 kg beras pulut dengan air sejuk

2. Masukkan garam kasar 2-3 butir

3. Rendamkan asam keping bersama beras pulut

4. Rendam sekurang-kurangnya 6 jam

5. Pastikan sebelum rendam beras dibilas sehingga hilang air keruh. Apabila air sudah jernih baru direndam beras pulut.

6. Semasa rendam bubuh sekali 2 sudu kunyit serbuk.



loading...


Kaedah kukus beras pulut 

1. Kukus pertama
– Beras pulut dicampur bersama sedikit minyak.

– Masak dan dikukus selama 10 minit.

2. Air kukusan
-Pastikan air kukusan betul-betul mendidih baru d
-Letakkan pengukus beras pulut.
-Letakkan 3-4 helai Daun pandan di dalam air pengukus supaya wap air naik ke permukaan atas.

3. Semasa mengukus
– Kukusan Pertama 10 minit
– Rehatkan seketika sebelum mengukus kali ke-2
– Step kukusan Kedua 20 minit-Pulut dicampur bersama
1/2 cawan minyak atau marjerin
Pewarna kuning telur
200ml Santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam


4. Tip beras Pulut nampak berkilat
Campurkan sedikit minyak atau marjerin supaya pulut kuning berkilat. Campurkan sedikit pewarna kuning telur bagi menaikkan lagi seri pulut tersebut. Pulut kuning akan nampak berbiji-biji bila dihias tapi jangan risau, teksturnya sangat lembut.

Selamat mencuba.

Sumber: Maz Samad



NAK RESIPI LAIN? Klik sini:

Cara Lembutkan Semula Kulit Popia Yang Keras & Kering. Jangan Buang!  


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: