Petua Menghilangkan Rasa Kebas
Bahan-bahan:
1 Genggam Halba
2 Batang Serai
1 Sudu Asam Jawa
4cm Halia
5 gelas air.
loading...
Cara-caranya:
Rebus kesemua bahan di atas sehingga mendidih jadikan 5 gelas ke 3 gelas air. Bila dah mendidih ambil air tersebut dan campurkan dengan air asam jawa dan kacau. Sedia diminum.
Halba membantu merehatkan otot-otot dan mengelakkan daripada berlaku kekejangan.
Serai pula berfungsi untuk menyingkirkan toksin untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan lenguh-lenguh badan.
Sifat anti-radangan asam jawa membantu melindungi sendi-sendi dan melancarkan peredaran darah.
Manakala halia membantu membuang angin yang berlebihan dari badan.
Minum air ni setiap malam sebelum waktu tidur. Disarankan supaya anda minum sewaktu panas atau suam. Keesokan pagi pasti badan anda akan berasa lebih segar.
Selamat Mencuba!
Resepi Oleh Petua dan kesihatan
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:Manfaat Buah Mengkudu Terhadap Kesihatan Tubuh Badan Wanita. Anda Pasti Ingin Mencubanya.
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.