Cornflake Crunchy Florentine Memang Rangup dan Sedap

Cornflake Crunchy Florentine Memang Rangup dan Sedap

Tak sengaja terbuat kuih raya. Ehh, tak lah. Saja buat kudapan untuk kesayangan di rumah. Sejam je siap sebalang Cornflake Crunchy Florentine. Syokk duk krukk krakk krukk krakk..

Cornflake Crunchy Florentine Memang Rangup dan Sedap


Ramai ke yang berantu benda alah ni?. Memandangkan ramai nak resepi, kita share jugaklah. Walaupun resepi ni saya campak campak tanpa sukatan pun sebenarnya.




Bahan-Bahan:

  • Tepung Florentine (lebih kurang 200gm)
  • Nestle Cornflake (250gm)
  • Kuaci/kuaci labu/almond nibs (optional)
  • Sedikit bijan putih & bijan hitam



Cara Membuat:

1. Ramas atau hancurkan cornflake terlebih dahulu. Kemudian satukan kuaci atau kekacang yang ada ke dalam cornflake. Campurkan tepung florentine dan gaul sebati. Pastikan guna bekas bertutup ye, supaya tepung florentine tak masuk angin semasa proses menyudu adunan ke dalam acuan cup.

2. Sudukan 1 camca kecil ke dalam paper cup jenis ada berkilat dalamnya (rujuk gambar). Paper cup ni boleh ulang guna berkali kali ye. Siap je isi adunan dalam paper cup, taburlah bijan putih dan bijan hitam. Bakar dalam oven dalam suhu 150-160c dalam masa 10 minit (bergantung pada oven memasing).

3. Dah siap bakar, sejukkan, kemudian keluarkan Cornflake Crunchy kita dan susun dalam bekas kedap udara. Hati-hati semasa susun kuih ni. Takut balang tak penuh sebab masuk dalam mulut lagi banyak dari yang nak disimpan.

Nota: Saya buat tak sukat pun. Agak-agak je sebab saya guna baki bahan buat Almond Crunchy Florentine haritu. Saja nak clearkan bahan yang ada sebelum expired. Kalau nak guna baby cornflake pun ok je. Jika nak buat banyak, gandakan sukatan adunan ye. Sukatan ni hanya dapat lebih kurang dalam 100pcs saja (jika guna cup size S).


Resepi Oleh: CikPuan SitiMasitah


Resepi Oleh resepibonda

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:Resipi Biskut Dahlia Sedap, Kuih Raya Klasik Orang Dulu-Dulu


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: