Tak Perlu Beli, Buat Sendiri Biskut Roti Gula. Caranya Senang Sangat

Tak Perlu Beli, Buat Sendiri Biskut Roti Gula. Caranya Senang Sangat

Ramai yang beli biskut roti gula ni walhal nak buat punyalah senang. Kalau ada roti putih yang tak habis nak makan atau hampir tamat tempoh boleh gunakan untuk buat biskut roti gula ini. Caranya cuma empat langkah saja.

Tak Perlu Beli, Buat Sendiri Biskut Roti Gula. Caranya Senang Sangat







Cara buat roti gula rangup


 

1. Potong roti keping putih (boleh guna apa-apa jenama) kepada empat bahagian.

 

2. Sapu mentega, nak guna margerin pun boleh terpulang ikut citarasa.

3. Tabur sedikit gula pasir atas roti yang disapu mentega tadi.


 

4. Kemudian boleh bakar. Yang ini bakar guna air fryer, set time 5 minit dulu, suhu 180 darjah. Kalau belum garing tambah lagi masa. Kena agak-agak, tengok pada warna roti ini nanti. Nak bakar guna oven pun boleh.




Siap! Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Roti gula ni dah sejuk pun tetap rangup.


 


Selamat mencuba

Sumber: Jauharatuddini Taib


Resepi Oleh Rasa

NAK RESIPI LAIN? Klik sini: Resipi Dumpling Mudah Guna Rice Paper. Boleh Rebus, Kukus Atau Goreng


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: