Resipi Sup Ikan Merah Paling Simple & Sedap

Resipi Sup Ikan Merah Paling Simple & Sedap

Sup Ikan jika kena gaya masak dan campuran rencahnya, memang sedap dan menyelerakan. Malah tidak hanyir.

Resipi Sup Ikan Merah Paling Simple & Sedap


Biasa makan sup Ayam, Sup Daging dan ketam kan? Apa kata kali ini cuba resipi Sup Ikan Merah perkonsgian saudari Ainn Mustafar ni pula. Mudah je. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.




CARA MASAK SUP IKAN MERAH PALING SIMPLE & SEDAP


BAHAN-BAHAN:

2-3 keping isi ikan merah
1-2 biji bawang merah – hiris atau tumbuk 
2-3 ulas bawang putih – hiris atau tumbuk 
Halia secukupnya – hiris atau tumbuk
1 sudu makan rempah sup 
1 batang serai – titik
Akar ketumbar
1 uncang sup bunjut 
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Tomato
Batang Saderi
Daun sup/daun ketumbar/daun bawang
1 sudu makan minyak zaitun / minyak masak




CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga keperangan.
2. Kemudian masukkan rempah sup. Tumis seketika.
3. Tambahkan serai, akar ketumbar dan juga sup bunjut. Masukkan air secukupnya.
4. Bila air mereneh, masukkan ikan.
5. Bila ikan sudah hampir masak, masukkan garam secukup rasa.
6. Tambahkan juga tomato dan batang saderi. Masak seketika.
7. Tabur daun sup, daun ketumbar atau daun bawang ikut cita rasa. Sedia untuk dihidang.

NOTA: Jika suka boleh tambahkan asam keping atau asam limau.

Kredit resipi & foto: Ainn Mustafar


Resepi Oleh Rasa

NAK RESIPI LAIN? Klik sini: Resipi Masak Asam Rebus Ikan Patin, Tip Buang Hanyir Ikan Ini Kena Buat


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami: