Setiap kali raya ramai yang bersemangat nak mencuba buat kuih raya. Salah satu kuih yang selalu masuk senarai untuk dicuba adalah semperit.
Supaya bunga kuih semperit menjadi cantik dan tangan pun tak letih boleh ikut tip yang dikongsi oleh Shafika Safian ini. Caranya mudah cuma guna botol air mineral. Caranya seperti di bawah;
Tip kalau baru nak belajar buat semperit
Tip mudah untuk yang baru belajar buat semperit supaya bunganya cantik, tak bengkang bengkok.
1. Cari botol mineral 500ml dan potong bahagian atasnya.
2. Bila dan potong, letak acuan semperit yang dah berisi doh pada corong botol mineral. Ia akan jadi seakan ‘pemegang acuan’. Jadi sewaktu tekan doh semperit, ia tak bergoyang dan bentuk semperit akan jadi cantik.
3. Tapi pastikan botol dipotong tak terlalu pendek atau terlalu panjang. Boleh gunakan botol air mineral Sea Master sebab sesuai dengan acuan.
Inilah hasilnya bentuk semperit yang guna tip botol air mineral.
Cara buat semperit 3 bahan
Kalau nak cuba semperit yang mudah boleh guna resipi semperit tiga bahan ini;
Bahan-bahan:
250g Buttercup
500g tepung jagung
1/2 tin susu pekat manis (boleh tambah suku tin lagi jika mahu lebih manis)
Cara membuat:
- Kacau butter dengan susu pekat manis
- Gaul untuk sebati saja, jangan sampai kembang.
- Bila dah sebati letak pewarna atau boleh juga jika nak warna asli.
- Kemudian tambah tepung jagung dan uli sampai doh tak melekat pada tangan. Sekiranya doh lembuk tambah tepung jagung sedikit.
- Kemudian bolehlah masuk dalam acuan dan gunakan kaedah yang dikongsi di atas.
- Boleh lah di bakar.
Selamat mencuba!
Sumber: Shafika Safian
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Step By Step Masak Pulut Kuning & Tip Supaya Tahan Lama, Tak Mudah Basi
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.